SCM Music Player - seamless music for your Website, Wordpress, Tumblr, Blogger.

November 07, 2011

Tamat sudah semester 1

Assalamualaikum semuaaaa!!!

mesti korang tengah duduk rumah goyang kaki kan waktu cuti sem nie.tak pon tgh lepak dgn kwn2.tak pon tgh lepak depan tv.bagus bagus,manfaatkan masa kita selama 2 minggu nie dgn betul.jgn asyik nak keluar dgn kawan2,mak ayah,jgn dilupakan.tlg la dieorg masak ke,cuci kereta ke.bkn selalu kannn.hehe yg penting jaga diri elok2 okay!

jumpa lagi di semester keduaa!!!!

October 23, 2011

seperti biasa

ehem.assalamualaikum w.b.t sy ucapkan.berdirinya sy di sini.adalah untukkk.ok,stop it.ha,admin telah muncul kembali!yea,tora dtg lg.haha.
biasalah,admin hnya akan muncul bila ada big event dkt pasum je.maaf,sy bkn admin terbaik == "pulak dh.nmpk sgt emosi x stabil.huhu
ok,back to the main topic.sbnrnye,sy nk wish korng GOOD LUCK and ALL THE BEST utk final exam sem 1 nie.harap semua dpt bwt yg terbaik.jaga kesihatan.jaga waktu tidur.jaga hubungan sesama manusia.dan jaga hubungan dgn Allah S.W.T.semoga dipermudahkan urusan kita semua.insyaAllah.:)

2 more weeks and we'll be free.tp 2 minggu ibarat 2 bulan.hmmphh.haha.

Bye,salam.

August 26, 2011

SELAMAT HARI RAYA

SELAMAT HARI RAYA KPD ASASIAN 2011/2012!

hati-hati di jalan raya!

July 30, 2011

Selamat




SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK!
AHLAN WASAHLAN YA RAMADAHAN!:)
dan




July 21, 2011

Selamat Bercuti

Kepada semua pelajar PASUM,


SELAMAT BERCUTI!

cuti,cuti jugak kan,jangan lupa study.mid-sem dh nk dekat!mari buktikan pelajar PASUM 2011/2012 mmg hebat,terbaik dan terganas!yeahhhhhhhhh! *semangat gila

kepada sesiapa yg tak balik tu,kesiannya.tak pe tak pe,waktu nie lah korang bleh conquer kafe,toilet,court sume lahh.hehe.plus lg senang kot nk study sbb x byk gangguan.kan?

last but not least,HAPPY HOLIDAY to all of u!


salam.

July 15, 2011

Pilihan Raya

Sudahkah anda semua menunaikan tanggungjawab anda sebagai seorang pelajar PASUM?apa maksudnya?maksudnya dah pergi mengundi ke belum?kalau dahh,baguss.kalau belum taktaulah nk ckp apa.mari kita sama-sama tengok sp bakal JKP kita nnt!

June 25, 2011

Help me?

Please give me ideas on what should i write in this blog?MySpace

Thanks!

June 19, 2011

Good luck!


Esok bermulalah kehidupan sebenar seorang pelajar PASUM,
so,best of luck to all of you!
Mari sama-sama kita capai apa yang kita impikan.

masih ingat lagi pesanan PP Zol?

benda paling DEKAT dengan kita adalah MATI
benda paling JAUH dengan kita adalah MASA LAMPAU
benda paling BESAR dalam hidup kita adalah MEMEGANG AMANAH
benda paling RINGAN dalam hidup kita adalah MENINGGALKAN SOLAT.

renung-renungkanlah!


June 18, 2011

MHS part 2

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera semua!

mari sambung cerita MHS kita.hehe.

Hari keempat :

Ha,hari ini kami ada Ujian Penempatan Bahasa Inggeris utk tentukan kelas tutorial kami nanti.ujian tu selama 1 jam 15 minit dekat Bangunan Peperiksaan.rasanya mostly pelajar asasi cakap ujian ini susah kot.kot lah.tapi bagi sy mmg agak susah pun ujian ini.mana taknya,besides badan penat gila rasa mcm nak tidur je dlm bangunan peperiksaan tu,banyak new vocab yg tak pernah ku dgr.ke sy seorang aje yg tak pernah dengar?huhu.berbekalkan tips-tips daripada PP Darshini,kami berjaya jawab ujian BI itu dengan jayanya!jaya ke?tak taulahh.biarlah,dah lepas dah pun.hehe.then tengahari pula kami ada taklimat pasal keselamatan.ada latihan kebakaran.alarh,macam dekat sekolah dulu-dulu tu.cuma taklimat ini bukan daripada pihak bomba tapi daripada pejabat keselamatan UM.petang itu riadah mcm biasalah kan.tarian xi shua shua semakin menjadi kegilaan ramai!nah,layan lagu xi shua shua dulu.kenangan terindah beb!:D






malam ini pula ada demonstrasi.eh,bukan demonstrasi politik tu tp demonstrasi silat
lah.haha.tak silap,betullah malam ini ada demonstrasi silat.kagum tengok mereka bersilat!hebat woh!


Hari kelima :

Aktiviti mcm biasa cuma mlm tu lain sikit.kami kena pergi DTC sbb ada majlis protokol.protokol apa taktaulah.siap ada org TV3 buat liputan.kata nak keluar Malaysia Hari Ini.punyalah excited nak beritahu family nanti suruh tgk MHI sebab kami keluar tv,alih-alih?=.=
mula-mula,kami kena masuk dlm DTC tu tunduk mcm lalu depan org tua tu tp tangan kena cecah lantai.apakah kan?tak pernah sy tgk protokol sampai mcm tu sekali.lepas itu kami diajar cara-cara menyambut ketibaan maharaja jepun.haha.dah la tak pasal-pasal kami kena ketuk ketampi sbb taktau mcm mana protokol menghadap sultan.tiba-tiba pengajar protokol kami (couldn't remember his name,sorry) tadi dpt surat daripada pengetua kolej yg salah seorang daripada kwn kami kena balik rumah sbb keluarga dia tak mampu nk sara pembelajaran dia dkt UM.dia anak yatim.ayah dah meninggal.adik yg plg kecil pula OKU.tiada siapa nak tolong ibu dia sara keluarga dia jadi dia ambil keputusan nak bantu ibu dia itu.sedihkan?mengalir air mata kami semua bila fikir betapa bertuahnya kami sbb keluarga mampu lagi tampung perbelanjaan kami.tapi bukanlah semua menangis.boys tak menangis kot,tak cool lah kalau menitik air mata depan perempuan.kan?haha.menangis dalam hati la kot boys semua.then keluar pula lagu sedih,mmg feel habis lah kan.kami semua siap buat kutipan lagi utk bagi dkt kwn kami itu.tgh layan perasaan tiba-tiba salah seorg ahli keluarga kwn kami tu dtg.automically semua tgk dkt main entrance dan jeng jeng jeng!keluarlah bobo big foot bang-bang boom tu!pengacara bang-bang boom tu pon ada.haih,kami diTIPU rupanya!!patutlah pelik semacam aje!.haha.para PP pun dah tahu sebenarnya.rasa nak tergelak bila fikir balik yg cara waktu kami nak masuk DTC tu tipu aje.mesti para PP rasa nak gelak sampai keluar anak tekak tp cover.dah tu pandai pula buat muka sedih bila ada kwn kami tu terpaksa tarik diri dr UM.haha.yang menjadi persoalannya,ke mana sumbangan yang kami dermakan kepada kwn kami sebentar tadi itu pergi?jawapannya:ke tabung Bersamamu TV3.mulianya kami,dah terkena lepas itu menderma pula tu.hehe.takpelah,dapat pahala. :) mari sama-sama kita nantikan slot kami ditayangkan!





Hari keenam :

Hari ini hari terakhir MHS.gembira + sedih.gembira sbb tak perlu lagi rush-rush,terus kena lari lepas mkn,kena maki hamun semua.sedih sbb lepas ini tiada lagi semua ini.semua PP baik.tiada lagi menari lagu xi shua shua beramai-ramai.tiada lagi laungan sub yang menggegarkan UM nie.ceh,over.haha.siapa nak marah kami kalau kami tak makan?siapa nak bagi kami roti free bila lapar?siapa siapa?tapi itulah hakikat.setiap permulaan pasti ada pengakhirannya. aktiviti hari ini mcm biasa.waktu pagi dan tengahari ada ceramah.waktu ptg waktu yg plg dinantikan sbb nak menari semua tarian yg PP ajar tp sygnya hari tak selalunya cerah.titisan-titisan air hasil daripada proses penyejatan jatuh ke bumi.apa maknanya?hujanlah.takkan itu pun tak tau.ayat habis gramatis dah tu.haha.tp itu tak menghalang kami utk teruskan aktiviti yg dirancang.kami semua menari dlm Dewan Gemilang.dahsyat sungguh!bagai nk runtuh dewan tu kami buat.yelah,hari terakhir.PP bersemangat kami bertambah semangat.menari tarian xi shua shua sampai 4 kali.tarian ultraman,ayumi,doraemon,baby dan chicken dance.buat sub semua.terbaik lahh!



malam tu pula ada majlis penutup dkt DTC.ada sekali dgn persembahan pelajar asasi 2011/2012.mmg superb mereka punya persembahan.berbaloi lah dgn usaha mereka practice 24 hours.tapi takdelah 24 hours.kepada peserta-peserta malam kesenian,terima kasih banyak-banyak sbb anda membuatkan kami terhibur!terima kasih juga kepada para senior yang tidak segan silu memberikan mereka tunjuk ajar!:) sejurus tamat malam kesenian,secara rasminya tamatlah MHS malam itu.sangat happy ending bila kami semua tgk PP-PP bahagian biro disiplin tersenyum comel menari atas pentas.bahagianya hidup tengok mereka senyum.kalau tak,jgn harap nk tgk mereka senyum.sekali pon tak pernah.







dalam pukul 11,kami pulang ke kolej kediaman.tiba-tiba PP cakap mereka ada something lagi.siapa yg nak join boleh join,sp yg taknak takpe.kami kena berkumpul dkt dewan gemilang jam 0045.kami pun turun lahh.rupanya ada explorace!mmg masyuklah explorace time org tgh tidur.explorace tu start pukul 1.15 pagi.kami kena jaga barang amanah iaitu lilin yg menyala dgn org buta.explorace nie best sgt sgt sgt sgt sgt!kan korang?kami dijirus air tasik dipenuhi telur-telur katak,ditabur tepung,disapukan telur ke muka,dicontengkan muka,dimandikan secara beramai-ramai.haha.mmg terbaik!lepas explorace habis,ada pula slot penyampaian hadiah dan anugerah kepada para PP.finally pukul 5 pagi baru habis!dahsyat kan?ada yang sampai tertidur semata-mata nak tunggu slot tu habis.hehe.maka tamatlah MHS lepas itu.kami bersalaman dengan para PP dan ucapkan apa yang patut diucapkan.haha.

akhir kata,sy bagi pihak pelajar asasi batch 2011/2012 mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada para PP atas segalanya.terima kasih atas semua teguran dan nasihat.maafkan kami andai kata kami telah menyakitkan hati atau mengguris perasaan para PP.

ingat ingat kami remember,
jangan lupa kami don't forget,
kami sayang PP,
we love you,
..................???

*sorry,admin dh tak igt line last.hehe!













Pictures courtesy of Facebook.

sekian.thx for reading!:)



Minggu Haluansiswa 2011/2012


Assalamualaikum w.b.t


hari ini nak cerita pasal minggu orientasi kami pelajar asasi batch 2011/2012 atau lebih dikenali sebagai Minggu Haluansiswa (MHS).MHS berlansung dari 29 Mei-3 Jun.pelik juga bila ada senior cakap MHS ini Minggu HELLuansiswa.bagi sy takdeklah hell mana pun.betul tak acacian-acacian semua?huhu.seriously speaking,MHS ini for sure jadi kenangan manis dalam diri kami semua.ke jadi kenangan manis bagi sy sorang aje?common la weh,supportla sikit kawan anda ini.takkanlah korang tak rindu detik-detik MHS dulu?xi shua shua?laungan ''faham tak faham'' PP Zol?kalau tak rindu,nampak sangat korang menipu. :P

Okay,sekarang nak cerita pasal MHS dari hari pertama sampailah hari ketiga dulu.

Hari pertama:

Hari ini hari pendaftaran kami.excited bukan main nak masuk UM!kan?rasanya Kolej Kediaman 12 hari tu selain sesak dengan pelajar asasi,KK12 juga sesak dengan para ibu bapa,atuk nenek,adik-beradik dan ahli keluarga yang lain.kalau boleh nak bawa satu kampung pergi hantar anak buah masing-masing masuk U.nanti senang,tak payah ulang-alik naik lif untuk ambil beg bawa naik atas.setiap ahli keluarga tolong bawa 1 beg sorang,kan senang.hehe.lepas sesi pendaftaran,dapat kunci bilik apa semua,kami diminta berkumpul di DTC untuk dengar taklimat pasal PASUM.lepas dah habis taklimat,kami diberi masa 10 minit untuk bersama dengan ahli keluarga buat kali terakhir.tak terakhir manalah kan,lepas ini kalau umur panjang boleh lagi jumpa mereka.tp 10 minit aje waktu yang diberi?mana cukup!nak peluk cium,nak bersalaman dengan mereka lagi.cuba kalau yang 1 kampung ikut,paling kurang ada 10 org.setiap seorang ambil masa 2 minit untuk peluk,cium,salam,dengar nasihat apa semua.kalau 10 orang,dah 20 minit!haha.tapi lepas 10minit inilah bermulanya MHS bagi kami pelajar asasi.taring PP(Pembantu Pelajar) terutama PP disiplin sudah mula kelihatan.kami pulang ke KK12 bersama-sama para PP.petang itu time riadah kami belajar tarian doraemon.comel gila!haha.malam dengar taklimat.taklimat apa tak ingat.huhu.lepas itu kami belajar buat sub!

Hari Kedua :

Riadah pagi.pukul 6 pagi dah kena berkumpul.pagi-pagi sebelum matahari menjengahkan diri dah kena bersenam.entah-entah ada pelajar asasi yang dalam keadaan separa sedar kot.haha.lepas breakfast pelajar hayat ada pendaftaran dekat PASUM manakala pelajar fizikal dan alam bina pergi tengok tayangan video cerita Merong Mahawangsa dekat Dewan Gemilang.lepas zohor pula pelajar fizikal dan alam bina pula yang kena settle pendaftaran dekat PASUM.pelajar hayat pula pergi tengok tayangan video cerita Megamind!petang itu waktu riadah kami belajar tarian xi shua shua.complicated tapi ini lah tarian favourite kami waktu riadah.asyik-asyik nak menari lagu ini.mlm tu dgr taklimat lagi.



Hari ketiga :

Riadah pagi.macam biasa.menari buat sub semua.lepas itu ada ceramah dkt DTC.ptg riadah.mlm ada aktiviti ikut sel.semuanya ada 50 sel.bykkan?yelah,budak PASUM kan ramai.kami main game,buat sub apa semua.then,kami semua kena marah dgn biro disiplin sebab mereka kata kami tak semangat.mmg gerun lah dgn biro disiplin nie.muka tak pernah senyum,sekali pon tak pernah.PP lelaki dan perempuan sama aje.rasa tension juga asyik kena marah je,tp layan jelah kan.






Pictures courtesy of Facebook.

to be continued...


Hello world!

Assalamualaikum w.b.t.

Hye!I'm Ruzaimah Nur Fathiha,your new and fresh admin for this year.you can call me Ruz :).and of course,i'm one of the asasi-ian for batch 2011/2012.InsyaAllah,as long as sy punya kesempatan masa utk update blog ini,sy akan update.okay?sebelum mula menulis,maafkan sy andai sy terkasar bahasa atau tersalah information k.
That's all for today!Bye!

June 09, 2011

Lembaran Baru 11/12




Selamat Datang kpd para freshie PASUM sesi 2011/2012!
Mulakan hari anda dengan semangat yang baru
Sematkan impian dari sekarang
All the best yo!!!










January 01, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011





G0ODBYE 2010

WELC0ME 2011


WISHES T0 ALL ESPECIALLY PASUMIANS 10/11....
let us make a new chapter in our life n try harder & smarter n our study.. make the past as the less0ns f0r us to impr0ve 0urself... it is n0t to0 late to start a new step t0 achieve the gl0ry that we want in the future...

ALL THE BEST IN THIS 2011..
hopefully..



----------------------------------------------------------------

mungkin ni antara azam2 tahun baru dak pasum...
-selesaikan azam lepas yg x tercapai
-blaja rajin2 n banggakan ibu bapa
- kehadiran ketika lecterur+kelas tut0rial=FULL
-xnk tid0 wktu lecterur, terutama skali subj fiz
-kurgkan 0n9 FB.. klu bleh nk deactivate atau buang je acc0unt FB nih..
-bnykkn s0lat sunat n ibadat2 sunat lain juga..
-siapkan tut0rial dgn penuh dedikasi. n dgn hasil usaha sndiri tnpa zer0x 0rg lain punya
-rajin2 pegi studi kt library
-wt s0alan2 past year Q
-kurgkan tid0. bg0n awal setiap pg







maka, marilah sama2 bermuhasabah diri.
imbas kembali mana kesilapan yg lama, cuba perbetulkan.. yg lemah cuba diperbaikkan.
InsyaAllah, segala perkara yg kita lakukan akan mendapat redha-Nya...
percayalah, segala yg berlaku ada hikmahnya...
sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui...