SCM Music Player - seamless music for your Website, Wordpress, Tumblr, Blogger.

June 18, 2011

MHS part 2

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera semua!

mari sambung cerita MHS kita.hehe.

Hari keempat :

Ha,hari ini kami ada Ujian Penempatan Bahasa Inggeris utk tentukan kelas tutorial kami nanti.ujian tu selama 1 jam 15 minit dekat Bangunan Peperiksaan.rasanya mostly pelajar asasi cakap ujian ini susah kot.kot lah.tapi bagi sy mmg agak susah pun ujian ini.mana taknya,besides badan penat gila rasa mcm nak tidur je dlm bangunan peperiksaan tu,banyak new vocab yg tak pernah ku dgr.ke sy seorang aje yg tak pernah dengar?huhu.berbekalkan tips-tips daripada PP Darshini,kami berjaya jawab ujian BI itu dengan jayanya!jaya ke?tak taulahh.biarlah,dah lepas dah pun.hehe.then tengahari pula kami ada taklimat pasal keselamatan.ada latihan kebakaran.alarh,macam dekat sekolah dulu-dulu tu.cuma taklimat ini bukan daripada pihak bomba tapi daripada pejabat keselamatan UM.petang itu riadah mcm biasalah kan.tarian xi shua shua semakin menjadi kegilaan ramai!nah,layan lagu xi shua shua dulu.kenangan terindah beb!:D






malam ini pula ada demonstrasi.eh,bukan demonstrasi politik tu tp demonstrasi silat
lah.haha.tak silap,betullah malam ini ada demonstrasi silat.kagum tengok mereka bersilat!hebat woh!


Hari kelima :

Aktiviti mcm biasa cuma mlm tu lain sikit.kami kena pergi DTC sbb ada majlis protokol.protokol apa taktaulah.siap ada org TV3 buat liputan.kata nak keluar Malaysia Hari Ini.punyalah excited nak beritahu family nanti suruh tgk MHI sebab kami keluar tv,alih-alih?=.=
mula-mula,kami kena masuk dlm DTC tu tunduk mcm lalu depan org tua tu tp tangan kena cecah lantai.apakah kan?tak pernah sy tgk protokol sampai mcm tu sekali.lepas itu kami diajar cara-cara menyambut ketibaan maharaja jepun.haha.dah la tak pasal-pasal kami kena ketuk ketampi sbb taktau mcm mana protokol menghadap sultan.tiba-tiba pengajar protokol kami (couldn't remember his name,sorry) tadi dpt surat daripada pengetua kolej yg salah seorang daripada kwn kami kena balik rumah sbb keluarga dia tak mampu nk sara pembelajaran dia dkt UM.dia anak yatim.ayah dah meninggal.adik yg plg kecil pula OKU.tiada siapa nak tolong ibu dia sara keluarga dia jadi dia ambil keputusan nak bantu ibu dia itu.sedihkan?mengalir air mata kami semua bila fikir betapa bertuahnya kami sbb keluarga mampu lagi tampung perbelanjaan kami.tapi bukanlah semua menangis.boys tak menangis kot,tak cool lah kalau menitik air mata depan perempuan.kan?haha.menangis dalam hati la kot boys semua.then keluar pula lagu sedih,mmg feel habis lah kan.kami semua siap buat kutipan lagi utk bagi dkt kwn kami itu.tgh layan perasaan tiba-tiba salah seorg ahli keluarga kwn kami tu dtg.automically semua tgk dkt main entrance dan jeng jeng jeng!keluarlah bobo big foot bang-bang boom tu!pengacara bang-bang boom tu pon ada.haih,kami diTIPU rupanya!!patutlah pelik semacam aje!.haha.para PP pun dah tahu sebenarnya.rasa nak tergelak bila fikir balik yg cara waktu kami nak masuk DTC tu tipu aje.mesti para PP rasa nak gelak sampai keluar anak tekak tp cover.dah tu pandai pula buat muka sedih bila ada kwn kami tu terpaksa tarik diri dr UM.haha.yang menjadi persoalannya,ke mana sumbangan yang kami dermakan kepada kwn kami sebentar tadi itu pergi?jawapannya:ke tabung Bersamamu TV3.mulianya kami,dah terkena lepas itu menderma pula tu.hehe.takpelah,dapat pahala. :) mari sama-sama kita nantikan slot kami ditayangkan!





Hari keenam :

Hari ini hari terakhir MHS.gembira + sedih.gembira sbb tak perlu lagi rush-rush,terus kena lari lepas mkn,kena maki hamun semua.sedih sbb lepas ini tiada lagi semua ini.semua PP baik.tiada lagi menari lagu xi shua shua beramai-ramai.tiada lagi laungan sub yang menggegarkan UM nie.ceh,over.haha.siapa nak marah kami kalau kami tak makan?siapa nak bagi kami roti free bila lapar?siapa siapa?tapi itulah hakikat.setiap permulaan pasti ada pengakhirannya. aktiviti hari ini mcm biasa.waktu pagi dan tengahari ada ceramah.waktu ptg waktu yg plg dinantikan sbb nak menari semua tarian yg PP ajar tp sygnya hari tak selalunya cerah.titisan-titisan air hasil daripada proses penyejatan jatuh ke bumi.apa maknanya?hujanlah.takkan itu pun tak tau.ayat habis gramatis dah tu.haha.tp itu tak menghalang kami utk teruskan aktiviti yg dirancang.kami semua menari dlm Dewan Gemilang.dahsyat sungguh!bagai nk runtuh dewan tu kami buat.yelah,hari terakhir.PP bersemangat kami bertambah semangat.menari tarian xi shua shua sampai 4 kali.tarian ultraman,ayumi,doraemon,baby dan chicken dance.buat sub semua.terbaik lahh!



malam tu pula ada majlis penutup dkt DTC.ada sekali dgn persembahan pelajar asasi 2011/2012.mmg superb mereka punya persembahan.berbaloi lah dgn usaha mereka practice 24 hours.tapi takdelah 24 hours.kepada peserta-peserta malam kesenian,terima kasih banyak-banyak sbb anda membuatkan kami terhibur!terima kasih juga kepada para senior yang tidak segan silu memberikan mereka tunjuk ajar!:) sejurus tamat malam kesenian,secara rasminya tamatlah MHS malam itu.sangat happy ending bila kami semua tgk PP-PP bahagian biro disiplin tersenyum comel menari atas pentas.bahagianya hidup tengok mereka senyum.kalau tak,jgn harap nk tgk mereka senyum.sekali pon tak pernah.







dalam pukul 11,kami pulang ke kolej kediaman.tiba-tiba PP cakap mereka ada something lagi.siapa yg nak join boleh join,sp yg taknak takpe.kami kena berkumpul dkt dewan gemilang jam 0045.kami pun turun lahh.rupanya ada explorace!mmg masyuklah explorace time org tgh tidur.explorace tu start pukul 1.15 pagi.kami kena jaga barang amanah iaitu lilin yg menyala dgn org buta.explorace nie best sgt sgt sgt sgt sgt!kan korang?kami dijirus air tasik dipenuhi telur-telur katak,ditabur tepung,disapukan telur ke muka,dicontengkan muka,dimandikan secara beramai-ramai.haha.mmg terbaik!lepas explorace habis,ada pula slot penyampaian hadiah dan anugerah kepada para PP.finally pukul 5 pagi baru habis!dahsyat kan?ada yang sampai tertidur semata-mata nak tunggu slot tu habis.hehe.maka tamatlah MHS lepas itu.kami bersalaman dengan para PP dan ucapkan apa yang patut diucapkan.haha.

akhir kata,sy bagi pihak pelajar asasi batch 2011/2012 mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada para PP atas segalanya.terima kasih atas semua teguran dan nasihat.maafkan kami andai kata kami telah menyakitkan hati atau mengguris perasaan para PP.

ingat ingat kami remember,
jangan lupa kami don't forget,
kami sayang PP,
we love you,
..................???

*sorry,admin dh tak igt line last.hehe!













Pictures courtesy of Facebook.

sekian.thx for reading!:)



No comments: