SCM Music Player - seamless music for your Website, Wordpress, Tumblr, Blogger.

June 18, 2011

Minggu Haluansiswa 2011/2012


Assalamualaikum w.b.t


hari ini nak cerita pasal minggu orientasi kami pelajar asasi batch 2011/2012 atau lebih dikenali sebagai Minggu Haluansiswa (MHS).MHS berlansung dari 29 Mei-3 Jun.pelik juga bila ada senior cakap MHS ini Minggu HELLuansiswa.bagi sy takdeklah hell mana pun.betul tak acacian-acacian semua?huhu.seriously speaking,MHS ini for sure jadi kenangan manis dalam diri kami semua.ke jadi kenangan manis bagi sy sorang aje?common la weh,supportla sikit kawan anda ini.takkanlah korang tak rindu detik-detik MHS dulu?xi shua shua?laungan ''faham tak faham'' PP Zol?kalau tak rindu,nampak sangat korang menipu. :P

Okay,sekarang nak cerita pasal MHS dari hari pertama sampailah hari ketiga dulu.

Hari pertama:

Hari ini hari pendaftaran kami.excited bukan main nak masuk UM!kan?rasanya Kolej Kediaman 12 hari tu selain sesak dengan pelajar asasi,KK12 juga sesak dengan para ibu bapa,atuk nenek,adik-beradik dan ahli keluarga yang lain.kalau boleh nak bawa satu kampung pergi hantar anak buah masing-masing masuk U.nanti senang,tak payah ulang-alik naik lif untuk ambil beg bawa naik atas.setiap ahli keluarga tolong bawa 1 beg sorang,kan senang.hehe.lepas sesi pendaftaran,dapat kunci bilik apa semua,kami diminta berkumpul di DTC untuk dengar taklimat pasal PASUM.lepas dah habis taklimat,kami diberi masa 10 minit untuk bersama dengan ahli keluarga buat kali terakhir.tak terakhir manalah kan,lepas ini kalau umur panjang boleh lagi jumpa mereka.tp 10 minit aje waktu yang diberi?mana cukup!nak peluk cium,nak bersalaman dengan mereka lagi.cuba kalau yang 1 kampung ikut,paling kurang ada 10 org.setiap seorang ambil masa 2 minit untuk peluk,cium,salam,dengar nasihat apa semua.kalau 10 orang,dah 20 minit!haha.tapi lepas 10minit inilah bermulanya MHS bagi kami pelajar asasi.taring PP(Pembantu Pelajar) terutama PP disiplin sudah mula kelihatan.kami pulang ke KK12 bersama-sama para PP.petang itu time riadah kami belajar tarian doraemon.comel gila!haha.malam dengar taklimat.taklimat apa tak ingat.huhu.lepas itu kami belajar buat sub!

Hari Kedua :

Riadah pagi.pukul 6 pagi dah kena berkumpul.pagi-pagi sebelum matahari menjengahkan diri dah kena bersenam.entah-entah ada pelajar asasi yang dalam keadaan separa sedar kot.haha.lepas breakfast pelajar hayat ada pendaftaran dekat PASUM manakala pelajar fizikal dan alam bina pergi tengok tayangan video cerita Merong Mahawangsa dekat Dewan Gemilang.lepas zohor pula pelajar fizikal dan alam bina pula yang kena settle pendaftaran dekat PASUM.pelajar hayat pula pergi tengok tayangan video cerita Megamind!petang itu waktu riadah kami belajar tarian xi shua shua.complicated tapi ini lah tarian favourite kami waktu riadah.asyik-asyik nak menari lagu ini.mlm tu dgr taklimat lagi.



Hari ketiga :

Riadah pagi.macam biasa.menari buat sub semua.lepas itu ada ceramah dkt DTC.ptg riadah.mlm ada aktiviti ikut sel.semuanya ada 50 sel.bykkan?yelah,budak PASUM kan ramai.kami main game,buat sub apa semua.then,kami semua kena marah dgn biro disiplin sebab mereka kata kami tak semangat.mmg gerun lah dgn biro disiplin nie.muka tak pernah senyum,sekali pon tak pernah.PP lelaki dan perempuan sama aje.rasa tension juga asyik kena marah je,tp layan jelah kan.






Pictures courtesy of Facebook.

to be continued...


No comments: